Sunday, June 1, 2008

Lu Persis Musang Berbulu Ayam, Bertuhan Syaitan Serakah Penaka

Sejak akhir2 ni sy sungguh menggilai lagu2 dari kumpulan rock kapak yg mmg menjadi idola ramai satu ketika dahulu. Kumpulan yg sy maksudkan ialah Wings dimana dianggotai oleh Awie (vokalis),Joe (Gitaris),Eddie (Basis) dan juga Black (Drummer).

Dan skrg sy boleh berbangga dimana suma lagu2 dari album mereka ini telah berjaya sy kumpul dlm laptop dan jugak desktop pc sy. Sy juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Wadi yakni mmber sy di tempat keje selaku pendorong utama dlm menyempurnakan misi ini.

Antara album2 Wings yg telah berjaya sy dapat ialah :

1. Belenggu Irama (1987)

2. Hukum Karma (1989)

3. Teori Domino (1990)

4. Best Of Wings (1990)

5. Jerangkung Dalam Almari(1991)

6. Double Trouble (bersama Kumpulan Search)(1992)

7. Bazooka Penaka (1993)

8. Wings & Superfriends 1 (1994)

9. Wings & Superfriends 2 (1994)

10. Orang Asing (1995)

11. Biru Mata Hitamku (1996)

12. Puisi Aidilfitri (1996)

13. Double Trouble 2 (bersama Kumpulan Search)(1997)

14. Mencari Asal Usul (1998)

15. MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)

16. Mr.Barbarik (2000)

17. Trilogi (2001)

18. Naga Kramat (2003)

19. Wings Alive 2006 (2007)

20. Wings - 2 Dekad(2007)

Minat sy terhadap lagu2 mereka2 ini sehinggakan setiap pagi sebelum sy memulakan keje sy akan mendengar 2 lagu wajib sy yakni Bazooka Penaka dan Satelit Puaka. Semacam ada suatu semangat apabila sy mendengar 2 lagu ini dimana mungkin lirik2 yg diungkapkan mmg begitu puitis!

Sy juga agak kecewa dimana sy tidak dapat pergi ke Sunday Nite Live di Planet Hollywood baru2 ini dimana Wings dan rakan2 beraksi dan yg lebih mengecewakan lagi bukan setakat Wings sahaja yg beraksi malahan Brother Mus, Brother Hattan dan Brother Man Kidal pun ada!

Wlpn ada dikalangan kita yg mmg ANTI ROCK tp peduli apa ngan mereka sb bagi sy muzik ialah sumber inspirasi yg paling berkesan dikala stress. Daripada sy ambik dadah yg mendtgkan kemudaratan pada sy baik sy mendengar muzik sambil membuat keje2 yg x beres2 lagi.

Lastly sym mg berharap agar kumpulan2 rock ni xkan berkubur selagi hayat mereka dikandung badan dimana industry muzik kita hari ini mmg tenat dimana band2 dari indon yg lagu nyer mmg best cuma terlalu simple klu nk dibandingkan dgn ‘goreng’ dari Joe dan Hilary.



“ Disiplin merupakan kunci utama kejayaan seseorang!”



Saturday, May 24, 2008

Tunjuk ajarku sifu!

Salam,

Bertemu kita lagi dlm blog yg memaparkan suka duka sorang loser bernama Mukhizam bin Mukhtar. Kali ini sy menulis blog ini di Perpustakaan Negara Malaysia dimana tempat yg paling aman pernah sy pegi. Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di sini sy berasa amat ‘janggal’ diatas perubahan yg berlaku di sini.

Kali ni sy hendak menulis mengenai Cikgu pulak. Mungkin agak terlewat tuk sy mengucapkan Selamat Hari Guru pada suma guru2 yg penah mengajar dan mendidik sy malahan ‘merotan’ sy. Tima kasih tidak terhingga pada suma guru2!.

Teringat kisah silam sy dimana sewaktu sekolah rendah, sy penah berlajar di Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward di Taiping. Guru yg mengajar sy ketika itu dan juga merupakan guru kelas sy merupakan Makcik sy sendiri iaitu Puan Noor Akma bin Yacop.

Cuba anda bygkan makcik sendiri mengajar anda! Semasa di rumah kami memanggil beliau ‘Uda’ tetapi bila kat sekolah atau didalam kelas kene panggil ‘cikgu’. Memang pada mulanya sy tidak biasa dgn perbezaan panggilan tapi bila lama2 dah jadi tepu la.

Semasa di sekolah sy mg tidak dinafikan sbg sorang yg nakal dan byk bercakap malah sampai ke hari ini perangai itu tidak penah berubah. Teringat sy ketika di kelas dulu kalau kelas bising sgt mesti anak murid yg pertama kene ‘peliat’ telinga mesti sy!.

Bila murid2 yg lain melihat sy dah kena peliat telinga so murid2 yg lain secara automatic akan senyap dan yg sakit hati mesti la sy. Tp dulu sy ni mmg pendendam sb bila balik rumah, anak2 uda dijaga oleh mama sy dan ketika itulah operasi membalas dendam bermula!!..huhuhhu

Dalam keluarga sy kebanyakkan makcik2 merupakan guru2 sekolah rendah dan satu ketika dulu sy mmg x penah langsung beli buku rujukan semasa di sekolah rendah dimana sumanya di sponsor oleh Puan Noor Rihan atau lebih mesranya ‘Wayong’.

Wayong mmg makcik yg paling sy geruni malahan ‘Guru Besar’ ini juga ditakuti oleh suma cikgu2 yg berada di bawah beliau. Tapi bagi sy wayong merupakan insan yg paling mulia bagi sy dan jasa beliau mmg tidak akan sy lupa smpai sy dah beranak 4. Huhuhuhuhu

Bila sy dah masuk ke Uitm Seri Iskandar Perak pula sy lebih rapat pula degan makcik sy yg kedua bongsu atau lebih mesranya ‘chu’. Cikgu ini pula merupakan makcik sy yg paling pandai masak antara makcik2 sy yg lain dan byk membantu sy ketika di Universiti.

Bila sy rindukan masakan mama sy akan pegi kerumah chu diwaktu hujung2 minggu. Jarak yg dekat antara Universiti sy dgn rumah beliau merupakan satu ‘benefit’ bg sy utk beristirehat di hujung minggu dan berbuka puasa di bulan puasa.

Kepada Puan Noor Rihan binti Yacop, Puan Noor Akma binti Yacop dan Puan Noor Iza sy ingin mengucapkan Selamat Hari Guru pada anda bertiga dimana sy berjanji bahawasanya sy akan menjadi manusia yg berguna dan boleh dibanggakan oleh anda bertiga pada suatu hari nnti!.








“Tanpa guru tidak mungkin Tun Dr Mahathir Mohammad akan menjadi seorang Perdana Menteri”


Saturday, May 17, 2008

Mukhizam’s Idol

Hari sy hemdak menulis blog mengenai idola sy pula. Suma org ader idola masing2 dan klu sesiapa yg tiada idola maka dier mmg tiada matlamat dlm hidup mereka. Idola memainkan peranan penting dlm kehidupan kita suma yg ingin Berjaya di dunia dan di akhirat.

Rosli bin Yaacob

Idola sy sejak sy dari menjejakkan kaki di Seri Iskandar Kota Pembelajaran sy dimana sy telah setkan mind sy yg sy akan Berjaya seperti Rosli bin Yaacob. Di kalangan kami sedara mara kami lebih manja dan selesa memanggil beliau dgn gelaran “acik”.

Dari kacamata anak sedara sedara Acik merupakan sorang yg mmg peramah dan pelawak klu kami balik kg ramai2 dimana kepulangan Acik ke kg mmg di nantikan pada waktu kecil2 dulu. Masakan tidak sy lupa dimana Acik baru pulang dari oversea, beliau membelikan sy Costum Superman!! Bangga giler siot time 2!!

Sy mmg rapat dgn Acik dan x mustahil la kengkadang sy ader mengikut rentak beliau dlm menjalani kehidupan harian sy sbg sorang PEKERJA yg berdedikasi. Mempunyai pangkat yg besar di Rapid Kl merupakan satu kebanggaan bagi sy dimana Acik x penah berlagak wlu seminit biler bersama kami suma.

Tp dlm byk2 tingkah laku Acik satu jer yg sy x boleh ikut yakni, “ Anger Management” Acik mmg power dan ini terbukti wlpn penat baru pulang dari keje tp biler anak2 beliau “MOYAP” beliau masih mmpu tersnyum!. Kengkadang sy tertanya2 “ Acik ni x penah marah ke??....”

Satu hal yg x boleh di lupa ialah ketika pemergian Ayahnda ku tercinta. Acik merupakan org yg paling byk membantu sy dan abg dlm menguruskan urusan jenazah papa. Bila mendgr shaja berita pemergian papa dgn pantas berada di Hospital mmberi kata2 perangsang pada Mukhizam dan Mukhriz.

Skrg ni sy boleh menarik nafas lega dimana sy juga mempunyai tmpt bergantung yakni Rosli bin Yaacob. Wlpn tugas beliau x sama seperti papa tp dgn menjadikan beliau sbg idola mungkin suatu hari sy akan Berjaya seperti beliau dan beliau boleh berbangga dgn Mukhizam bin Mukhtar!.





“ Anda suma mulai skrg tetapkan idola utk menanti kejayaan di hari muka!!”


Friday, May 16, 2008

Setiap apa yg berlaku dlm dunia ni mesti ader hikmah nyer

16 May 2008

Mmg byk benda yg berlaku pada tarikh keramat diatas dimana menguji ketahanan mental sy utk lebih berfikiran positif. Klu nk diikutkan mmg berat tuk menanggung beban kesengsaraan yg sy alami pada tarikh diatas yg dimana menguji minda separa sedar sy!

Bermula dgn cukupnyer sebulan papa sy pergi meninggalkan kami adik beradik dan mama, dimana pada pagi hari tersebut mama mengajak sy utk menziarahi pusara papa. Mama dgn berlinangan air mata membaca yasin di pusara papa. Sedih nyer bukan kepalang!!

Sy juga membawa bersama Wan kami yakni emak kepada papa tuk menziarahi pusara papa. Wlpn umur Wan sudah lanjut tp beliau masih gagah dan kuat tuk menempuh hidup. Dikala Wan membaca yasin dipusara anak nyer, menggigil tangan beliau kesedihan. Ya Allah kesedihan lagi!!!

Kemudian pada pukul 6 nyer pula kengkawan suma dah berkumpul di depan rumah utk bersiap-siap pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Sy bagaikan ingin menjerit keperitan! Kerana tidak dpt ikut bersama walhal sy antara yg merancang tuk bercuti ke pulau itu.

Tepat pukul 7 mlm mereka pun bertolak dari rumah utk menaiki pengangkutan awam menuju ke Hentian Putra. Sy sudah berjanji dgn mereka yg sy akan ke Hentian Putra selepas sy solat maghrib supaya sy berpeluang menghantar mereka bertolak .

Seperti yg dijanjikan sy pun pergi ke Hentian Putra utk bertemu dgn mereka sebelum mereka bertolak. Yg peliknya sy yg smpai dulu dari mereka dan mereka hampir2 ditinggalkan bas tetapi Alhamdulillah mereka sempat sampai.

“Setiap keperitan ku alami mesti ader jalan keluarnya percaya la”

Kami sempat bergambar di Hentian Putra yg begitu sesak dgn manusia yg ingin pulang ke Pantai Timur dan jauh di sudut hati sy terkesima kerana tidak dpt ikut bersama!. Tetapi sy tetap dgn matlamat sy utk terus mengejar ilmu dan membuktikan pada papa yg sy boleh Berjaya! InsyaAllah..

Friday, May 9, 2008

Jiwa kapak yg sejati kembali meresap

Sejak akhir2 ni sy kembali mendengar lagu2 ROCK KAPAK yg memang menjadi kegilaan sy sejak dari zaman university lagi. Pengaruh saudara Sharidan@Along mmg begitu menebal pada diri sy!! Kalau dulu sy mmg x penah tahu Wings, Search, May malah byk lagi kumpulan2 rock yg terhebat tahun 80an dulu tp sekarang tidak lagi.

Teringat satu ketika dahulu sy penah pergi ke konsert2 yg sering dianjurkan di Stadium Perak dgn teman baik sy dgn hanya 1 tujuan sahaja yakni “Gua mmg rock brader!!...”Mmg menjadi 1 kepuasan bila dpt pegi ke konsert2 sedemkian rupa padahal keesokan harinya ader TEST kat university!

Tapi skrg sejak pegi karaoke dgn teman2 kat opis sebelum Pusat Karaoke kat Plaza Yao Chuan tutup disitu bermula nya semangat KAPAK kembali menebal. Mana tidak nya lagu2 seperti Bazooka Penaka,Satelit Puaka,Bujang Senang,Balada Pemuzik Jalanan kembali menusuk ke jiwa ni.

Sy x boleh lupakan mmber sy yg menyanyi lagu Bazooka Penaka dgn nada yg begitu tinggi sekali!! Klu pengkritik AF ader masa 2 mmg teruk dah mmber sy kene. Tp sy respek ngan dier sb boleh bawak lagu Brader Awie dgn begitu bagus tp takut gak klu2 anak tekak dier tercabut..huhhuu.



“ Hargai setiap persahabatan yg hadir dlm jiwa mmbuatkan hati menjadi tenang seketika”

Sy berharap agar irama Kapak akan kembali segar seperti dulu dan bg ya baru nk mendengar Kapak percaya la dgn kata2 ini “Kapak mmg utk org2 lamo!!!...”


Tuesday, May 6, 2008

Pemergian Neraka Jahanam


Satu ketika dahulu sy mmg minat pada perkataan NERAKA bukan apa, mungkin terpengaruh dgn ideologi2 barat yg sentiasa memesong umat islam kat Malaysia ni. Kalau dulu sy menggunakan url “nerakajahanam” tuk blog sy tp skrg sy telah pun tukarkan pada nama sy yakni “mukhizam” pada url yg baru tuk blog sy.

Sy skrg begitu berbangga pada nama sy yg telah diberikan oleh Allahyarham Mukhtar bin Mahat yg saya rasa ada 3 org saja yg menggunakan nama “mukhizam” dalam Malaysia ni itu pun masa sy search kat google. Sy igtkan sy sorang jer yg menggunakan nama “mukhizam”.

So far skrg ni sy semakin serasi dgn tempat keje yg baru dimana satu pengalaman keje yg x mungkin dapat sy lupakan. Nilai2 islamic mmg ditekankan di opis baru ni dan mmg itu yg sy carikan skrg ni. Cukupla dosa2 yg telah sy lakukan selama ini dan sy bermohon pd Allah agar mengampunkan dosa2 sy yg dulu.

Demi tuk mengisi masa lapang sy dari sy berfoya-foya dgn wanita2 ataupun berjalan-jalan ke Kuala Lumpur, sy skrg sedang berusaha keras tuk menimba ilmu di Open University. Kelas dijalankan setiap hujung minggu dan sy sedang cuba tuk menyesuaikan diri dgn situasi baru ni. Sy nekad tuk menjadi manusia yg berguna!!


“Anda harus yakin kejayaan pasti menanti klu rajin berusaha dan tawakal padaNya”

Sy berazam sy akan mula mendidik diri dgn kerajinan supaya cita2 sy utk menjadi org yg berguna disisi masyarakat akan menjadi kenyataan dan yg paling penting sy akan cuba membantu kuarga sy supaya mereka akan hidup senang wlpn tanpa PAPA disisi insyaAllah. AL-Fatihah

Wednesday, March 19, 2008

Autobiografi sorang raja!!!!!

Selawat ke atas junjungan besar kita Muhammad S.A.W......

pagi ni aku xde aper nk buat so aku pun duk ngadap tenet. maklumla semalam baru masuk streamyx so aku pun mengadapla kat komputer ni sampai nk muntah. aku pun belek2 la fail yg ader kat dalam pc aku ni. seriusly aku dah lama x duk ngadap pc aku ni maklum la xde bende2 y menarik nk buat. lagipun papaku main game dier jer sejak dah pencen ni so aku mls nk ganggu.

bukak punya bukak fail aku terjumper fail masa aku praktikal kat proton. hahahahaha!!!! rupa nya aku masih menyimpan autobiografi yg dibuat oleh saudara di dalam vakum!!!...

kat bawah ni merupakan hasil keje beliau dan aku sungguh hargainya!!!!










2 jer la hasil keje yg dapat aku tunjukkan kat korang sume dan jgn luper afundi rina@mama vogue!!! muahahahaha!!!

regards