Sudah hampir seminggu rasanyer raya dah berlalu dan aku x dpt melupai pelbagai peristiwa di bulan "malaikat" tahun ini. bermula dgn kejadian yg betul2 memedihkan ulu hati ku dimana "lagenda" yg dulu nyer teman sehidup dan semati ku ghaib di buai mimpi yg indah bersama dgn ifrit2 yg tidak ku kenali. aper dosa ku sehinggakan teman yg kuharapkan rupanya "hujan ditengah hari". tapi sume ni mungkin dah tertulis dlm buku yg ader di sindatul muntaha dan aku berharap daun yg mewakili nama MUKHIZAM akan gugur lambat lagi.
Dibulan yg "malaikat" itu juga seorg angkasawan yg turut dikenali dgn nama Dr SMS berpeluang meneropong muka bumi dari langit ke 7. bertuah betul la dier sb bukan senang kerajaan nk menghabiskan 1.XXXX bilion untuk menghantar beliau ini. mungkin beliau merupakan satu2 nya umat islam yg beraya di angkasa! giler la beb!!. wlpn ungkapan sbg pelancong angkasa tidak lekang dibibir masyarkat yg hati nya berulat tapi aku mengambil sikap berkecuali jer la. pegi mampus la dorang nk ckp aper asalkan aku leh bangga klu pegi maner2 negara kat dunia ni sb manusia yg makan belacan pun boleh meneropong dari langit ke 7.
Syawal ni jugak merupakan syawal yg pertama aku memberi anak2 yg yg masih suci dari dosa sampul "mandarin oriental" mereka2 ini. kelakar jugak biler aku sampai sajer didepan umah ibu kepada ibuku aku terus dihambat seolah-olah biler Search nk perform kat Planet Holywood dulu. sume sedia berbaris menanti "mandarin oriental" yg bakal kuat dari poket baju melayu sulamku. tiba2 hatiku sebak mengenangkan zaman2 kanak2 ku dulu menanti duit raya dari pakcik dan makcik. dapat ku rasakan pakcik dan makcik ku boleh berbangga dgn ku wlpn anak buah nya hanya memiliki diploma sains komputer tapi tidak loket dgn matawang ringgit malaysia.
argh sedih aku!!!
Friday, October 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment