Mmg byk benda yg berlaku pada tarikh keramat diatas dimana menguji ketahanan mental sy utk lebih berfikiran positif. Klu nk diikutkan mmg berat tuk menanggung beban kesengsaraan yg sy alami pada tarikh diatas yg dimana menguji minda separa sedar sy!
Bermula dgn cukupnyer sebulan papa sy pergi meninggalkan kami adik beradik dan mama, dimana pada pagi hari tersebut mama mengajak sy utk menziarahi pusara papa. Mama dgn berlinangan air mata membaca yasin di pusara papa. Sedih nyer bukan kepalang!!
Sy juga membawa bersama Wan kami yakni emak kepada papa tuk menziarahi pusara papa. Wlpn umur Wan sudah lanjut tp beliau masih gagah dan kuat tuk menempuh hidup. Dikala Wan membaca yasin dipusara anak nyer, menggigil tangan beliau kesedihan. Ya Allah kesedihan lagi!!!
Kemudian pada pukul 6 nyer pula kengkawan suma dah berkumpul di depan rumah utk bersiap-siap pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Sy bagaikan ingin menjerit keperitan! Kerana tidak dpt ikut bersama walhal sy antara yg merancang tuk bercuti ke pulau itu.
Tepat pukul 7 mlm mereka pun bertolak dari rumah utk menaiki pengangkutan awam menuju ke Hentian Putra. Sy sudah berjanji dgn mereka yg sy akan ke Hentian Putra selepas sy solat maghrib supaya sy berpeluang menghantar mereka bertolak .
Seperti yg dijanjikan sy pun pergi ke Hentian Putra utk bertemu dgn mereka sebelum mereka bertolak. Yg peliknya sy yg smpai dulu dari mereka dan mereka hampir2 ditinggalkan bas tetapi Alhamdulillah mereka sempat sampai.
“Setiap keperitan ku alami mesti ader jalan keluarnya percaya la”
Kami sempat bergambar di Hentian Putra yg begitu sesak dgn manusia yg ingin pulang ke Pantai Timur dan jauh di sudut hati sy terkesima kerana tidak dpt ikut bersama!. Tetapi sy tetap dgn matlamat sy utk terus mengejar ilmu dan membuktikan pada papa yg sy boleh Berjaya! InsyaAllah..

0 comments:
Post a Comment