Saturday, May 24, 2008

Tunjuk ajarku sifu!

Salam,

Bertemu kita lagi dlm blog yg memaparkan suka duka sorang loser bernama Mukhizam bin Mukhtar. Kali ini sy menulis blog ini di Perpustakaan Negara Malaysia dimana tempat yg paling aman pernah sy pegi. Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di sini sy berasa amat ‘janggal’ diatas perubahan yg berlaku di sini.

Kali ni sy hendak menulis mengenai Cikgu pulak. Mungkin agak terlewat tuk sy mengucapkan Selamat Hari Guru pada suma guru2 yg penah mengajar dan mendidik sy malahan ‘merotan’ sy. Tima kasih tidak terhingga pada suma guru2!.

Teringat kisah silam sy dimana sewaktu sekolah rendah, sy penah berlajar di Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward di Taiping. Guru yg mengajar sy ketika itu dan juga merupakan guru kelas sy merupakan Makcik sy sendiri iaitu Puan Noor Akma bin Yacop.

Cuba anda bygkan makcik sendiri mengajar anda! Semasa di rumah kami memanggil beliau ‘Uda’ tetapi bila kat sekolah atau didalam kelas kene panggil ‘cikgu’. Memang pada mulanya sy tidak biasa dgn perbezaan panggilan tapi bila lama2 dah jadi tepu la.

Semasa di sekolah sy mg tidak dinafikan sbg sorang yg nakal dan byk bercakap malah sampai ke hari ini perangai itu tidak penah berubah. Teringat sy ketika di kelas dulu kalau kelas bising sgt mesti anak murid yg pertama kene ‘peliat’ telinga mesti sy!.

Bila murid2 yg lain melihat sy dah kena peliat telinga so murid2 yg lain secara automatic akan senyap dan yg sakit hati mesti la sy. Tp dulu sy ni mmg pendendam sb bila balik rumah, anak2 uda dijaga oleh mama sy dan ketika itulah operasi membalas dendam bermula!!..huhuhhu

Dalam keluarga sy kebanyakkan makcik2 merupakan guru2 sekolah rendah dan satu ketika dulu sy mmg x penah langsung beli buku rujukan semasa di sekolah rendah dimana sumanya di sponsor oleh Puan Noor Rihan atau lebih mesranya ‘Wayong’.

Wayong mmg makcik yg paling sy geruni malahan ‘Guru Besar’ ini juga ditakuti oleh suma cikgu2 yg berada di bawah beliau. Tapi bagi sy wayong merupakan insan yg paling mulia bagi sy dan jasa beliau mmg tidak akan sy lupa smpai sy dah beranak 4. Huhuhuhuhu

Bila sy dah masuk ke Uitm Seri Iskandar Perak pula sy lebih rapat pula degan makcik sy yg kedua bongsu atau lebih mesranya ‘chu’. Cikgu ini pula merupakan makcik sy yg paling pandai masak antara makcik2 sy yg lain dan byk membantu sy ketika di Universiti.

Bila sy rindukan masakan mama sy akan pegi kerumah chu diwaktu hujung2 minggu. Jarak yg dekat antara Universiti sy dgn rumah beliau merupakan satu ‘benefit’ bg sy utk beristirehat di hujung minggu dan berbuka puasa di bulan puasa.

Kepada Puan Noor Rihan binti Yacop, Puan Noor Akma binti Yacop dan Puan Noor Iza sy ingin mengucapkan Selamat Hari Guru pada anda bertiga dimana sy berjanji bahawasanya sy akan menjadi manusia yg berguna dan boleh dibanggakan oleh anda bertiga pada suatu hari nnti!.








“Tanpa guru tidak mungkin Tun Dr Mahathir Mohammad akan menjadi seorang Perdana Menteri”


1 comments:

mizanofx said...

dan jangan lupa, aku juga merupakan cikgu meskipun bukan cikgu di sekolah. ingat pelajaran kita di The Kolam!