Sejak akhir2 ni sy sungguh menggilai lagu2 dari kumpulan rock kapak yg mmg menjadi idola ramai satu ketika dahulu. Kumpulan yg sy maksudkan ialah Wings dimana dianggotai oleh Awie (vokalis),Joe (Gitaris),Eddie (Basis) dan juga Black (Drummer).
Dan skrg sy boleh berbangga dimana suma lagu2 dari album mereka ini telah berjaya sy kumpul dlm laptop dan jugak desktop pc sy. Sy juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Wadi yakni mmber sy di tempat keje selaku pendorong utama dlm menyempurnakan misi ini.
Antara album2 Wings yg telah berjaya sy dapat ialah :
1. Belenggu Irama (1987)
2. Hukum Karma (1989)
3. Teori Domino (1990)
4. Best Of Wings (1990)
5. Jerangkung Dalam Almari(1991)
6. Double Trouble (bersama Kumpulan Search)(1992)
7. Bazooka Penaka (1993)
8. Wings & Superfriends 1 (1994)
9. Wings & Superfriends 2 (1994)
10. Orang Asing (1995)
11. Biru Mata Hitamku (1996)
12. Puisi Aidilfitri (1996)
13. Double Trouble 2 (bersama Kumpulan Search)(1997)
14. Mencari Asal Usul (1998)
15. MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
16. Mr.Barbarik (2000)
17. Trilogi (2001)
18. Naga Kramat (2003)
19. Wings Alive 2006 (2007)
20. Wings - 2 Dekad(2007)
Minat sy terhadap lagu2 mereka2 ini sehinggakan setiap pagi sebelum sy memulakan keje sy akan mendengar 2 lagu wajib sy yakni Bazooka Penaka dan Satelit Puaka. Semacam ada suatu semangat apabila sy mendengar 2 lagu ini dimana mungkin lirik2 yg diungkapkan mmg begitu puitis!
Sy juga agak kecewa dimana sy tidak dapat pergi ke Sunday Nite Live di Planet Hollywood baru2 ini dimana Wings dan rakan2 beraksi dan yg lebih mengecewakan lagi bukan setakat Wings sahaja yg beraksi malahan Brother Mus, Brother Hattan dan Brother Man Kidal pun ada!
Wlpn ada dikalangan kita yg mmg ANTI ROCK tp peduli apa ngan mereka sb bagi sy muzik ialah sumber inspirasi yg paling berkesan dikala stress. Daripada sy ambik dadah yg mendtgkan kemudaratan pada sy baik sy mendengar muzik sambil membuat keje2 yg x beres2 lagi.
Lastly sym mg berharap agar kumpulan2 rock ni xkan berkubur selagi hayat mereka dikandung badan dimana industry muzik kita hari ini mmg tenat dimana band2 dari indon yg lagu nyer mmg best cuma terlalu simple klu nk dibandingkan dgn ‘goreng’ dari Joe dan Hilary.
